Pihak Polis Bersalah Dalam Perhimpunan BERSIH

Pihak Polis Bersalah dalam perhimpunan BERSIH 3.0 ? Penyataan ini ialah hasil daripada undian yang dilakukan di Question of The Week di laman sesawang Yahoo Malaysia.

Dengan jumlah terbaru 35864 undian yang telah dilakukan, lebih daripada separuh undian yang telah dibuat mengatakan polis adalah punca berlakunya keganasan di dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Di sebelah Warga Berita kongsikan keputusan undian yang terbaru.

Dapat dilihat, Datuk Sri Anuar Ibrahim dan Azman Ali, S.Ambiga dan BERSIH, penunjuk perasaan, dan DBKL ialah antara pilihan undian untuk siapa yang patut dipersalahkan di atas kekecohan yang berlaku semasa berlansungnya perhimpunan BERSIH 3.0.

Undian tersebut dibuka kepada umum, dan jika anda ingin membuat undian juga, sila ke laman sesawang Yahoo Malaysia dan lihat di bahagian kanan laman sesawang.

Undian ini dilihat oleh seluruh negara yang mengikuti perkembangan BERSIH 3.0 di negara kita. Undian dibuat oleh rakyat dan mungkin orang-orang negara luar tersebut. Keputusan undian pihak polis bersalah dalam perhimpunan BERSIH 3.0 mungkin ialah satu kebenaran.

Apa-apa pun, Warga Berita hanya berkongsi. Buatlah pilihan anda.





0 comment... add one now

Leave a Comment