Tetapi Nora menidakkan tanggapan tersebut,
Kata Nora, "Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka." Jelasnya lagi,
"Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya."
Berikutan pengalaman Nora menunaikan umrah pada tahun lalu, kali ini, kata Nora dia akan lebih teliti dalam mengerjakannya.
“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.Sambung Nora lagi, semasa dia di Mekah, anak-anaknya akan dijaga oleh keluarga Jejai.
Berikut Warga Berita kongsikan beberapa keping gambar Nora Danish mengerjakan umrah bersama ibunya.
Gambar Nora Danish Menunaikan Umrah
Makin jelita, sejuk mata memandang melihat Nora Danish apabila bertudung. Harap, selepas umrah Nora kali ini, Nora akan sentiasa memakai tudung seperti gambar-gambar di atas. Cantik bukan ?
Sumber - Gambar Nora Danish Menunaikan Umrah
Leave a Comment