Shasha Saidin Ambil Borang Cerai

    
Shasha Saidin ambil borang cerai : Sasha Saidin dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa lepas untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian.
Dengan berbaju kurung hitam,bekas ahli kumpulan Elite itu datang ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi.
Apabila ditanya Sasha berkata, dia pergi mahkamah kerana ingin menggunakan saluran mahkamah untuk menyelesaikan hal peribadi keluarga.
“Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut.

“Saya harap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya kerana ia sangat peribadi untuk saya jelaskan,” katanya.
Bagaimanapun Shasha mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut apabila ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto.
Suami Shasha, Salyo adalah warganegara Indonesia. Shasha dan Slayo telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.


   

2 comments.. read them below or add one

Leave a Comment