Dira diganti Ogy Ahmad Daud ? Dira yang sebelum ini ialah seorang pengacara rancangan Melodi telah direhatkan bagi mengacara rancangan tersebut lagi. Bagi mengganti Dira semasa dia sedang berehat, Ogy Ahmad Daud akan mengambil tempatnya sebagai pengacara bergandingan dengan Zizan Razak.
Berikutan hal Dira direhatkan ialah isu peribadi Dira, Zizan dan TV3 enggan mengulas lanjut berkenaan hal tersebut apabila ditanya. Ini kerana, Zizan sendiri tidak mahu diganggu dan masuk campur dalam urusan peribadi Dira. Bagi Zizan, sikap tidak menjaga tepi kain orang adalah lebih baik.
Rancangan Melodi yang disiarkan pada setiap hari Ahad jam 12.30 tengah hari akan bertukar pengacaranya bermula esok, 6 Mei. Ogy Ahmad Daud ialah bekas pengacara rancangan Melodi, dan kembalinya beliau di dalam rancangan tersebut pasti mengimbau banyak memori lama.
Persoalannya, adakah Ogy Ahmad Daud akan menggantikan tempat Dira sebagai pengacara tetap ataupun sementara Dira habis tempoh berehat masih lagi belum terjawab. Pihak TV3 dan Melodi tidak memberi apa-apa jawapan untuk persoalan ini.
Apa-apa pun, esok, jangan lupa saksikan gandingan pengacara Zizan dan Ogy di Melodi.