Perdana Menteri Umum Gaji Minimum

Gaji Minimum Sektor Swasta

Gaji minimum sektor swasta di Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum sektor swasta semalam.

Gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 dan RM800 (RM4.33 sejam) bagi Sarawak, Sabah dan Labuan (RM3.85 sejam).

Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
"Ini merupakan hadiah khas daripada Kerajaan Persekutuan kepada pekerja seluruh negara yang dicintai,”

Perdana Menteri Umum Gaji Minimum

Kadar gaji minimum itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan.

Bagaimanapun, tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan untuk membuat persediaan.

tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding.

walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.

Beliau menambah, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.
"Kerajaan menyediakan satu mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya mereka yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh merayu untuk ditangguhkan."  
"Kami juga menyediakan satu mekanisme di mana beberapa elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan untuk diserap dalam pengiraan bagi gaji minimum."  
" Ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaannya tidak membebankan majikan dan tidak akan kehilangan pekerja,” katanya."

Sementara itu, Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.
"Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing."

Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara,” katanya.

Gaji minimum ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.


Pasti ramai yang gembira dengan pengumuman gaji minumum sektor swasta ini bukan ?

0 comment... add one now

Leave a Comment