Alasan Aidil Zafuan Tidak Masuk Akal ? Itulah pernyataan yang diberikan oleh Rita Rudaini ke atas alasan yang diberikan oleh suaminya Aidil Zafuan yang ingin menceraikannya. Menurut Aidil Zafuan, dia ingin menceraikan Rita kerena dia merasakan mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman.
Rita Rudaini mewakilkan dirinya kepada peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain semasa prosiding di hadapan hakim memberitahu, dia tidak berpuas hati terhadap alasan yang diberikan suaminya dan inginkan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.
Katanya lagi
"Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu."
"Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi."
Menurut Rita ketika bertemu di luar mahkamah,
"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu."
Tambah Rita lagi, dia masih lagi menyayangi perkahwinan mereka, dan jika penceraian ialah satu ketentuan Tuhan, dia akur.
Warga Berita harap, perkahwinan mereka berdua akan selamat.
Sumber - Alasan Aidil Zafuan Tidak Masuk Akal