Tarikh Pernikahan Watie Dan Joey yang sebenar ialah pada 22 Disember 2011.
Setelah hampir 5 bulan, para peminat dan pihak media ternanti-nanti dan tertanya-tanya bila mereka telah melangsungkan perkahwinan mereka. Akhirnya, di dalam majlis resipi perkahwinan mereka dua hari lepas, Watie telah menunaikan janjinya untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Menurut Watie, dia sendiri tidak tahu tentang majlis pernikahan tersebut kerana ia dirancang oleh keluarga kedua-dua pihak dan ianya dilakukan secara mengejut. Malahan, Joey sendiri tidak memberitahu Watie tentang tarikh pernikahan mereka.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwakilkan adik kandung Watie, Mohd Nur Azli Sadali dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dari kedua-dua pihak.
Di dalam majlis resipi perkahwinan tersebut Watie meminta maaf kepada pihak media dan para peminat kerana telah merahsiakan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Warga Berita mengucapkan tahniah walaupun pernikahan itu telah berlansung pada 5 bulan yang lepas.
sumber - Tarikh Pernikahan Watie Dan Joey