Rayuan BR1M Di Lanjutkan

Rayuan BR1M Di Lanjutkan

Berita terkini rayuan BR1M di lanjutkan selepas 15 mac ini. Kerajaan bersedia melanjutkan rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) demi membela rakyat yang layak yang belum menuntut lagi di beri peluang menurut Datuk Seri Najib Razak.

PM berkata lagi, langkah ini di ambil bagi memastikan rakyat yang layak menerima bantuan tersebut namun gagal dalam permohonan lalu untuk menikmati bantuan 1 Malaysia bernilai RM500 itu. Menurutnya lagi :-

BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat berkesan dan dihargai rakyat.


Kita ambil maklum jika ada yang tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih boleh buat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.


Tetapi jika sehingga tempoh itu ada lagi yang difikirkan layak, kita akan lanjutkan tempoh supaya bantuan sampai pada semua dengan kadar yang lebih segera mungkin.

Katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, di sini, malam tadi yang turut di hadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi rayuan BR1M lepas yang telah pun tamat. Pihak yang bertanggungjawab telah pun mula mengagihkan kepada golongan sasaran yang lulus semenjak 15 Juanari lalu. Bermula dari tarikh itu di jangkakan proses pengagihan BR1M mengambil masa lebih atau kurang 2 bulan.

Tips Dapatkan Duit BR1M Dengan Cepat dan Mudah


  • Buat panggilan dahulu dan jangan ke hulu ke hilir di pejabat hasil untuk dapatkannya (sia-sia).
  • Buat paanggilan dan tanya adakah nama anda lulus dalam permohonan BR1M itu?
  • Sekiranya lulus sila semak di manakah pusat pengumpulan baucer anda berada? Maksud lebih jelas di mana baucer anda berada sekarang.
  • Baucer BR1M anda yang lulus selalunya akan di hantar ke pejabat Umno terdekat atau terpilih yang juga mungkin jauh.
  • Jika anda tahu statusnya lokasi baucer BR1M anda, anda boleh mengambilnya di sana dan tukarkan baucer tersebut menjadi wang RM500.
  • Anda juga boleh sahaja tunggu surat pengagihan baucer anda sampai ke rumah melalui pos surat (mungkin agak lambat sedikit).
Semoga anda dapat BR1M ini dan boleh di manfaatkan untuk keperluan tertentu. Bagi yang layak namun gagal silalah membuat permohonan pada rayuan BR1M ini pula selepas sudah di lanjutkan.

0 comment... add one now

Leave a Comment