Gambar Nik Aziz bersalaman dengan anggota PEKIDA pada program pelancaran Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar. Post ini di bawah kategori Politik Malaysia.
Hari ini pihak Warga Berita akan membuat ulasan penuh berita terkini dari beberapa pihak yang related dengan isu ini di bawah tajuk Nik Aziz VS Anwar Ibrahim. Adakah perselisihan hubungan dalam percanggahan prinsip Mursyidul Am PAS dan Ketua Pembangkang dari Parti PKR ini?
Nik Aziz Tegur dan Tidak Setuju dengan Anwar Ibrahim Iktiraf Israel
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza,maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza,maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Persoalan Dari Pihak Lain
- Adakah Anwar Ibrahim akan saman WSJ sekiranya kenyataan itu salah atau tidak benar tentang beliau?
- Adakah Anwar Ibrahim akan tarik balik kenyataan beliau?
- Ataupun kenyataan yang diberikan Anwar Ibrahim dalam WSJ itu benar belaka?
Jawapan Anwar Ibrahim dari kenyataan Nik Aziz
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.
“Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.
“Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” tegasnya.
Tambahnya lagi, Umno Barisan Nasional tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.
“Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.
“Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan,” ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).
Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.
Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.
Kenyataan Susulan Nik Aziz
Terserah kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu sokongan terhadap Israel, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.“Saya akan dengar jawapan daripada dia (Anwar), tapi saya tak akan jawab. Saya serah kepada dia sendiri untuk menjelaskan kerana saya mahu mengelak wartawan melaga-lagakan saya dengan dia.
“Soal dia nak pertahan kenyataan dia menyokong Israel itu dia punya pasal, kenyataan saya sebagai mewakili Pas dan dia mewakili PKR,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Kelantan di sini, semalam.
Mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang itu salah faham kenyataan Pas berhubung isu tersebut, katanya, itu tak menjadi masalah.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, segalanya akan terjawab apabila beliau berpeluang bertemu Anwar.
“Ahad malam atau pagi Isnin depan saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja. Kalau Anwar dapat bertemu saya di sana, terima kasihlah,” katanya.
Anwar dalam kenyataannya semalam menegaskan tidak berganjak dengan pendiriannya untuk mengiktiraf Israel dengan syarat negara itu berundur dan menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.
Katanya, walaupun beliau akur perbezaan pendirian antara Pas dan PKR berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin, PKR sentiasa berkongsi hasrat dengan Pas untuk melihat Palestin merdeka sepenuhnya.
Anwar berkata, beliau dituduh sebagai ejen Israel oleh media Umno sedangkan Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state-solution) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sekian penggulungan info tentang Nik Aziz VS Anwar Ibrahim buat masa ini. Pihak WargaBerita juga tidak menyerbelahi mana-mana pihak secara neutral, mahupun Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Najib Atau Mahathir. Hanya menulis berdasarkan info tentang Nik Aziz VS Anwar Ibrahim