Sebelum ini kecoh menceritakan tentang Bob Kuman yang jatuh sakit dan perlu ditahan di hospital kerana penyakit obesiti. Bertambah kecoh apabila ada pihak tertentu yang sengaja membuat cerita bahawa Bob Kuman hanya mempunyai RM36 dan memerlukan derma untuk membiayai perbelanjaan rawatan sakitnya. Lebih teruk, ada pula khabar angin yang mengatakan Bob Kuman telah meninggal dunia sehingga Bob Kuman bergambar sambil berkata pada sehelai kertas yang beliau masih hidup.
Kini, khabar angin tersebut telah menjadi nyata. Malaysia kehilangan seorang lagi seniwan yang banyak berjasa dalam menghiburkan rakyat negara ini.
Warga Berita mengucapkan takziah untuk seluruh keluar Bob Kuman, dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aaminn.
Leave a Comment