Debat PTPTN - Khairy dan Rafizi
"Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" inilah tema debat isu PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi.
Maklumat lanjut berkenaan debat tersebut;
Tarikh : 3 Mei 2012
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7
Tambahan : Masuk adalah percuma
Debat PTPTN 2012 antara Khairy dan Rafizi, pasti menarik disebabkan isu PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, yang hangat sejak 13 April yang lalu.
Menurut Sinar Harian, Rafizi sendiri yang mempelawa Khairy untuk berdebat dengannya mengenai isu PTPTN tersebut.
Kemudian, tengah hari semalam, Khairy, Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat mengenai isu tersebut.
Warga Berita tidak pasti sama ada Debat PTPTN antara Khairy dan Rafizi ini akan disiarkan ke kaca televisyen atau tidak.
Jika ya, pasti semua pelajar yang memohon pinjaman PTPTN ingin tahu apakah perkembangan isu tersebut, sebab-sebab ia sememangnya patut untuk dimansuhkan dan hujah-hujang pembangkang yang mungkin memahami ramai pelajar.
Apa-apa pun, harap ia berlaku dengan aman, tiada lagi rusuhan ataupun demo dibuat oleh orang awam ataupun pelajar yang memohon PTPTN di luar kompleks tersebut.
Apa-apa pun, harap ia berlaku dengan aman, tiada lagi rusuhan ataupun demo dibuat oleh orang awam ataupun pelajar yang memohon PTPTN di luar kompleks tersebut.