Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.
Menurut pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.
“ Masa itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah.
“Sebab pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen. Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong tengok-tengok (kata Anwar).
“Jadi saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat). Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu ketika ditemui baru-baru ini.
Anwar Ibrahim sebelum ini menghentam hebat Raja Bomoh itu dan menggelarnya sebagai Bomoh 1Malaysia.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap Ibrahim kerana melakukan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.
“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar beliau ketika membahaskan titah ucapan Diraja ketika Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, Anwar turut secara sinis mengatakan Ibrahim sebagai ‘Bomoh bubu’ dan baling kelapa ketika berceramah di Kajang.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut mendakwa telah berkhidmat hampir 8 bulan untuk menjaga isteri Anwar itu tanpa mengambil sebarang bayaran.
“Jadi lebih kurang saya selalu bantu isteri dia lebih kurang 8 – 9 bulan. Sebab dia seorang perempuan dalam parti pembangkang. Takut orang tolak isteri dia kat lif atau takut orang buat tak tentu.
“Saya selalu bersembang dengan dia (Wan Azizah). Buktinya saya panggil orang ambil gambar dan menjaga (Azizah) seperti keluarga (untuk) tolong dia (Anwar).
“Saya tak terima apa-apa bayaran, saya ikhlas nak tolong. Tetapi lepas itu banyak tohmahan kepada saya, mengatakan Datuk orang Keadilan, mengata saya mengganggu isteri Pak Syeikh (Anwar). Saya panggil dia Pak Syeikh. Tapi tidak, kerana Allah saya menjaga (agar) jangan terjadi apa-apa.
Ibrahim turut menyifatkan Anwar sebagai ‘kacang yang lupakan kulit’ walaupun beliau sebelum ini ikhlas berbakti untuk Anwar atas dasar persahabatan.
Anwar pernah minta Raja Bomoh tolong jaga Wan Azizah
Shah Blogger Profile Test0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Leave a Comment